Seorang forex trader remaja yang masih berusia 16 tahun berjaya growkan akaun trading real dari 150 Gbp ke 60,000 Gbp. Cerita ini begitu sensasi dan ramai ingin tahu bagaimana remaja muda ini melakukannya.

Remaja tersebut dikenali sebagai Edward Ricketts, berusia 16 tahun dan berasal dari Tottenham, London. Siapa sangka remaja ini hanya belajar forex trading daripada youtube sahaja sudah cukup dan mampu menggandakan akaun dalam jangka masa setahun sahaja.

.

Dalam masa sehari, Edward menghabiskan masa berjam-jam menonton video untuk belajar pelbagai strategi dan teknik forex yang boleh digunakan untuk meraih keuntungan di pasaran forex trading. Dia juga percaya bahawa dia adalah forex trader yang termuda, memandangkan dia tidak menemui forex trader sebaya dia.

Keuntungan yang dijana kebanyakan diperoleh daripada mengikuti perkembangan berita atau lebih kita kenali sebagai fundamental.
.

Edward juga difahamkan telah membeli Mercedes kelas A secara cash hasil dari keuntungan yang dibuat daripada forex trading. Edward tinggal bersama ayah (Oscar Ammad 54 tahun), saudara (Earnest berusia 27 tahun) dan adik perempuan (Anita berusia 25 tahun). Ayah Edward bekerja sebagai pengawal keselamatan.

.

Edward juga berkata matlamat utama dia memasuki pasaran forex trading ini adalah untuk membuat simpanan dan akan memasuki pasaran hartanah pada masa akan datang.

Edward juga berkata, dia sangat gembira mendapatkan wang yang banyak hasil daripada keuntungan yang dibuat daripada pasaran forex trading kerana dia boleh mendapatkan apa yang dia inginkan tanpa bergantung harap dan meminta wang daripada ibu bapa. Di samping itu, dia juga ingin membantu keluarga dan membawa mereka pergi bercuti.

.

Daripada kisah Edward ini kita dapat belajar beberapa perkara:

Pertama

Mungkin itu rezeki dia. Sangat jarang forex trader tak kira yang baru ataupun yang sudah lama masih lagi terkial-kial untuk belajar dan memahami selok belok forex trading malah ada yang telah hampir 10 tahun, namun masih menemui kegagalan.

Kedua

Mungkin juga walaupun dia baru sahaja menceburkan diri dalam dunia forex trading, tetapi dia telah melakukan kerja keras dengan mengabaikan masa remajanya.

.

Di mana remaja seusianya, banyak menghabiskan masa mereka dengan bermain, berseronok dan enjoy. Sebaliknya Edward menghabiskan masa berjam-jam di dalam bilik untuk menonton dan belajar strategi forex trading melalui youtube sahaja.

Ketiga

Tanpa usaha keras yang jitu, ianya tetap tidak akan membuahkan hasil. Ramai forex trader kita, berharap pada signal dan sentiasa ingin disuapkan. dibagi betis, nak peha, di bagi peha nak badan…macam-macam…

.

Bila analisis salah dan signal ke laut di makinya pulak….masyallah…tapi kalau signal berbayar sepatutnya win lagi banyak dari loss

.

Berbeza dengan Edward, Edward hanya menghantar 1 mesej kepada seorang trader success yang dikenalinya daripada instagram. Dalam mesej itu Edward hanya meminta tips bagaimana untuk menjadi success sepertinya. Forex trader itu menjawab dia tidak akan success tanpa usaha keras yang jitu dan fokus.

Keempat

Bila dah belajar sesuatu teknik forex tu, hadamkan sehingga ke akar umbi, jangan tukar-tukar teknik. leave semua group-group forex trading dan tetap fokus. Bila loss cari dimana puncanya agar next entry dapat dikurangkan. Bila win, cari sebab kenapa anda win agar next entry anda dapat mengulangi dan mengaut keuntungan dengan kaedah yang sama.

Kesimpulan

Dipendekkan cerita dan realiti yang harus anda terima adalah, loss kita tak boleh elakkan, tetapi kita boleh kurangkan. Jika anda jumpa forex trader yang kata dia tidak pernah loss sepanjang melakukan urusniaga forex trading sebaiknya jauhkan diri daripadanya, kerana anda berpotensi untuk ditipu atau di scam.

.

Jika anda mampu membuat keuntungan daripada pasaran forex trading 5% – 15% sebulan anda sebenarnya lebih hebat daripada institusi-institusi yang besar.

.

Renung-renungkan dan fikir-fikirkan sahabat semua

.

Apa pula pendapat anda…jom kongsikan pandangan anda kat ruangan komen..

.

Artikel Berkaitan

5 thoughts on “Forex Trader Remaja Grow Akaun Real Dari 150 – 60k (GBP)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Contact Us

error: Content is protected !!
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • More Networks
Copy link
Powered by Social Snap