. Seringkali kita dengar janji-janji manis dan kata-kata manis mengenai forex trading. Kononnya boleh mengaut keuntung besar dalam jangka masa yang singkat, tayangan screen short profit yang berleluasa, seolah-olah tak pernah rugi, entry buy untung dan entry sell pon untung, pendek kata asal entry je mesti untung dan tak pernah rugi. Tak ke pelik gitu??..Cuma satu yang perlu anda tahu, anda boleh mengaut keuntungan dalam jangka masa yang singkat sekiranya anda dah cukup power dan cukup pengalaman . Kalau rasa-rasa ilmu di dada baru setahun jagung, jangan mimpilah. Seandainya anda mampu memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang singkat itu bermakna anda cuma bernasib baik sahaja. Ingatlah langit tidak selalunya cerah, mendung tak semestinya hujan. . # TAK MAHU RUGI WALAU 1 CENT Dalam apa jua bisness ataupun pelaburan pasti ada risiko untung dan rugi. Kita ambil satu contoh bisness beg katakan. Sekiranya proses jual beli berjalan dengan lancar, maka si penjual akan meraih keuntungan. Begitu juga dengan forex trading, sekiranya market berpihak pada entry kita, maka kita juga akan meraih keuntungan. Sebaliknya jika urusan jual beli beg tidak berjalan dengan lancar maka risiko tutup kedai teramat tinggi kepada si penjual. perkara yang sama juga akan terjadi dalam forex trading. . # ADA PENYAKIT KRONIK . Dengar macam pelik tapi itulah realitinya, rasa nak gelak pun ada betul tak??…tapi serius memang betul..jangan ingat forex trader nie goyang kaki je duit masyuk. Memang duduk releks tapi otak tetap bekerja, mata macam sniper memerhati kawasan mana yang sesuai dijadikan untuk meletakkan entry. Itu dah satu hal, jantung berdegup laju, muka merah padam bontot rasa panas ke hulur, ke hilir, ke sini dan ke sana jadi tak aman dibuatnya. Sekiranya anda seorang yang lemah semangat dan ada penyakit yang melibatkan jantung maka anda sangat-sangat tidak sesuai menceburi bidang ini. . # MENGANGGAP FOREX TRADING SEBAGAI JALAN PINTAS MENJADI KAYA RAYA . Tidak dinafikan forex boleh mengubah kehidupan seseorang dari biasa-biasa kepada luar biasa, dari papa kedana menjadi kaya raya. Tapi untuk sampai ke tahap itu, ianya memerlukan pengorbanan yang besar dari segi masa, wang ringgit dan juga kerahan otak. Anda tak akan mampu menguasainya dalam masa sehari, ianya memerlukan latih tubi yang kerap. Semakin lama anda berlatih maka anda akan semakin cekap. . # MENGALAMI KESEMPITAN WANG . Sekiranya anda mengalami situasi gaji cukup-cukup makan, ada duit lebih tapi hanya untuk beli susu anak, dan ada stok duit tapi khas untuk belanja kecemasan sahaja maka anda dikategorikan dalam masalah kesempitan kewangan. Jika keadaan anda sebegini, adalah sangat-sangat tidak disyorkan melibatkan diri dalam bidang ini. Bila keadaan anda seperti ini, bermula dahulu dengan demo akaun dan kalau nak start realpun buatlah partime dahulu untuk buat modal depo. Tak perlu malu buat kerja partime. Itu sebenarnya lebih baik dari anda buat pinjaman kemudian trade dan rugi. Anda akan mengalami tekanan yang melampau. . # ADA PLAN UNTUK SCAM DAN TIPU ORANG RAMAI . Ini bukan lawak atau gimik, ianya sudah banyak terjadi dan yang dapat nama busuk dan dipandang sinis adalah trader yang sebenar. Tersangat banyak skim-skim penipuan yang bertopengkan forex trading dan ada juga yang jadikan forex trading ini sebagai skim MLM. Anda kena ingat tipu dan scam orang ramai anda akan memiliki jiwa yang tidak tenang, hati yang kacau bilau, dan yang pasti anda tidak akan terlepas di akhirat kelak. . DOWNLOAD E-BOOK ASAS FOREX TRADING PART I-IV SECARA PERCUMA!!! Sila Masukkan Nama Dan Email Anda Untuk Download E-Book Ini Sekarang!!! Name Email Sila Semak Inbox, Spam, Junk Dan Promotion Folder Dalam 2-5 Minit Selepas Anda Mengisi Butiran Yang Diperlukan. Berkemungkinan Besar Email Kami Masuk Di Folder Yang Berkaitan. . Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com. . Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah. Post Views: 1,396 Share via: Facebook Twitter LinkedIn More Post navigation Apa Itu Slippage Jangkaan Pergerakan AUDUSD
[…] anda membaca post di atas ada baiknya anda baca pula post ini “Jangan Sesekali Dekati Forex Trading Jika”. Saya harap anda telahpun membaca post tersebut. Jadi saya nasihatkan untuk anda fikir masak-masak […] Reply