Jangan lupa say bye-bye 2021 dan ucapkan welcome 2022 pada diri sendiri. Segala perit dan pedih serta kenangan yang menyedihkan kita lalui di tahun 2021 jadikan sebagai kenangan dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. . Dan hari ini saya kongsikan matlamat atau azam yang boleh korang follow dan cuba lakukan. Terasa berat atau malas?…tak apa..cuba je pelan-pelan dan follow…jadikannya sebagai rutin harian. Lama-lama ia akan jadi kebiasaan. 1. Berhenti fikir tentang apa yang difikirkan oleh orang lain. Orang berjaya tak ambil berat dan tak ambil tahupun pasal apa yang orang lain fikirkan tentang mereka. Kerana mereka tak mahu benda-benda seperti itu (terutama hal negatif) akan menghalang tindakan mereka untuk menjadi lebih maju. . Kalau tak maju, tak berjaya. Jadi, mereka akan fokus kepada matlamat berbanding kata-kata negatif orang lain. 2. Nyatakan matlamat dengan jelas Orang berjaya tak panggil pun azam tahun baru sebagai azam kerana mereka lebih menyukai ianya sebagai satu matlamat yang perlu dicapai dalam tahun tersebut. Matlamat yang ditetapkan akan dihuraikan dengan lebih spesifik dan memenuhi format SMART iaitu: S = Specific M = Measurable A = Attainable R = Realistic T = Timely . Matlamat yang mereka tetapkan sangat spesifik, mempunyai ukuran yang boleh dicapai, realistik dan mempunyai dateline yang perlu dipatuhi. Korang pula bagaimana?..jika tak ada..bolehlah beransur-ansur tetapkan matlamat mengikut format SMART ini.. 3. Urus masa dengan baik. Masa adalah emas bagi orang berjaya. Setiap detik itu berharga dan ada menyamakan ia dengan nilai wang. Maka, penting bagi mereka menguruskan masa 24 jam sehari agar hebat dalam kerjaya dan kehidupan. . Disebabkan itu juga, perkataan ‘produktif’ sangat sinonim dengan orang berjaya di mana setiap waktu diletakkan had-had tertentu untuk aktiviti-aktiviti tertentu agar masa tidak terbazir begitu sahaja. . Bermula hari ini korang mulalah buat perancangan masa, tak perlu complicated sangat..biar simple janji korang boleh capai. Korang sendiri yang tentukan. 4. Luangkan lebih masa untuk keluarga. Memang benar orang berjaya sepanjang masa sibuk. Tetapi mereka juga manusia yang memiliki keluarga. Jadi, keseimbangan kerjaya dan keluarga adalah penting dan ia simbol berjaya yang sebenar. . Keluarga adalah penyokong dan punca seseorang mahu menjadi orang berjaya. Jangan abaikan mereka. . Setiap tahun mereka akan cuba meluangkan lebih masa untuk bekerja dan dalam masa yang sama wang akan terus bekerja untuk mereka. . Orang berjaya juga tidak mencampur-adukkan masa kerjaya dan masa bersama keluarga. Maka, tidak pelik jika mereka memilih untuk menutup atau silent telefon sewaktu bersama orang tersayang. Korang pula bagaimana? 5. Ada ruang masa untuk relaks. Ia adalah masa peribadi bagi orang berjaya. Kebiasaannya waktu sebegini memberi ruang kepada orang berjaya untuk mengecas semula tenaga agar produktiviti dan kreativiti mereka tidak terbatas. . Ruang masa rehat ini dipenuhi dengan aktiviti tidur sebentar, meditasi dan membaca kitab untuk kerohanian. 6. Sihat sebelum sakit. Orang berjaya tahu kesihatan itu penting dan dijaga dengan baik. Tanpa kesihatan yang baik dan stabil, segala perancangan dan matlamat akan terganggu kerana ia boleh mengganggu-gugat apa yang telah dan sedang dibangunkan oleh mereka. . Maka, mereka akan fokus menjaga kesihatan secara keseluruhan termasuk kesihatan fizikal, kesihatan mental, dan kesihatan tubuh badan. 7. Hidup terancang dan teratur. Ini lebih kepada penyediaan persekitaran yang tersusun agar membantu menghindari orang berjaya daripada rasa serabut selepas keletihan bekerja seharian. . Persekitaran hidup yang terancang dan teratur ini penting bagi memastikan produktiviti di tahap positif dan memberikan ketenangan pada pemikiran orang berjaya. 8. Kuasai ilmu atau kemahiran baru. Orang berjaya adalah orang yang hebat kerana mereka pakar di dalam sesuatu perkara hingga membolehkan mereka mencapai kejayaan. . Disamping kepakaran, orang berjaya mempunyai semangat untuk belajar dan kuasai ilmu atau kemahiran baru yang akan memberi tambah nilai dalam kehiduan mereka. 9. Mencari mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab. Sebelum seseorang menjadi orang yang berjaya, dia adalah orang biasa yang mahu mencapai tahap luar biasa. . Bagi memenuhi matlamat tersebut, mereka akan mencari dan berkawan dengan orang yang telah berjaya atau mempunyai keinginan yang sama untuk berjaya. . Bagi mereka yang telah berjaya pula, pembentukan perhubungan dengan mentor atau rakan kongsi yang bertanggungjawab akan membantu mereka bukan sekadar menjadi orang berjaya tetapi orang yang hebat. . Kebiasaannya, mentor atau rakan kongsi boleh diperolehi dengan persetujuan meluangkan masa bersama untuk mengerjakan usahasama dan ada juga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sokongan dan tunjuk ajar mereka di dalam bisnes atau bidang profesional. . Ramai orang berjaya sanggup melakukan ini saban tahun supaya mereka sentiasa berada di jalan yang betul menuju ke arah matlamat yang lebih besar. KESIMPULAN Apa yang dapat disimpulkan adalah…bermula hari ini, korang seharusnya mulakan langkah pertama. . Jangan pandang rendah pada diri sendiri walaupun tak ada pendidikan. Jangan pandang rendah pada diri sendiri walaupon ramai katakan korang seorang yang bodoh. . Jangan pandang rendah pada diri sendiri walaupun korang seorang yang lembab untuk memahami sesuatu perkara dan jangan sesekali pandang rendah diri sendiri hanya sekadar korang seorang anak orang miskin. . Jadikan kekurangan dan kelemahan diri sebagai pemangkin untuk lebih berusaha keras. . Hanya dengan melakukan perubahan-perubahan yang kecil di dalam hidup, tidak mustahil korang akan lebih yakin untuk terus melangkah jauh. Perubahan dan keputusan yang dilakukan hari ini, akan menentukan kehidupan korang pada masa akan datang. “IS YOU CAN IMAGE IT, YOU CAN ACHIEVE IT, IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN BECOME IT” Jangan lupa join channel telegram Abang DI SINI . Ada sebarang pertanyaan, berita, info, ilmu atau teknik untuk dikongsikan secara PERCUMA ???..jangan segan silu pm admin Traderstylo…atau emailkan ke admin@traderstylo.com. . Anda juga boleh kongsikan pendapat, pandangan atau info pada ruangan komen di bawah. Post Views: 745 Share via: Facebook Twitter LinkedIn More Post navigation Jeff Bezos Kerugian Sebanyak $ 13.5 Bilion Setelah Saham Amazon Jatuh Copytrade Terbaik, Kebaikan Dan Keburukan